top of page

Tinta Dekan FPM

 

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh.​

​

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi ruang dan kesempatan ini untuk memberi kata aluan di dalam laman web Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) yang berwajah baru. Syabas dan tahniah serta terima kasih diucapkan atas daya usaha untuk membuat perubahan pada laman web sejajar dengan perkembangan terkini FPM.

 

InshaAllah, dengan adanya laman web ini, ianya menjadi medium terbaik dalam hubungan fakulti dan pelajar serta orang awam di mana ianya dapat membantu untuk mendapatkan  maklumat terkini yang berkaitan dengan FPM seperti aktiviti akademik, aktiviti mahasiswa, penyelidikan dan aktiviti khidmat ummah dan sebagainya.

 

Matlamat FPM adalah membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman. Justeru, FPM menawarkan pelbagai program Diploma dan Sarjanamuda yang bertepatan dalam memenuhi kehendak pasaran dan dalam usaha melahirkan  Da’i, Ulama dan Umara’.

 

Saya amat mengalu-alukan anda semua untuk meneroka laman web kami untuk mendapat maklumat lanjut tentang Fakulti Pengurusan dan Muamalah serta program yang ditawarkan oleh fakulti.

 

Sekian, terima kasih.

 

Dr. Nor Hakimah Hj. Mohd. Nor

Dekan

Fakulti Pengurusan dan Muamalah

12 Jun 2014

FAKULTI

PENGURUSAN

             MUAMALAH

bottom of page