top of page

LATAR BELAKANG

 

Pada tahun 2000, operasi SPP berpindah ke kampus induk di Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Selepas tertubuhnya Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2004, nama SPP ditukar kepada Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM).
FPM berazam untuk melahirkan dan menyediakan profesional Muslim yang berdaya saing dalam pelbagai bidang berkaitan seperti: 
  • Perakaunan 
  • Pengurusan Perniagaan 
  • Perbankan dan Kewangan 
  • Pengurusan Potensi Insan 
  • Ekonomi 
  • Kejururawatan 
  • Linguistik dan Kesusasteraan Inggeris 
  • Komunikasi
Jabatan
Perakaunan

 

Jabatan ini menawarkan program diploma dan ijazah sarjana muda perakaunan kepada pelajar yang layak.Kurikulum program digubal dengan rapi agar menepati keperluan MQA dan industri.

 

 

No. Tel. Ketua Jabatan: 03 8911 7179

No. Faks: 03 8925 4472
 

Jabatan
Pengurusan Perniagaan

 

Bidang pengurusan perniagaan amat luas dan memerlukan penghayatan yang mendalam. Jabatan ini menyediakan kepakaran yang mampu melatih pelajar dari pelbagai latar belakang ke arah keusahawanan dan amalan perniagaan yang jitu.

 

No. Tel. Ketua Jabatan: 03 8911 7176

No. Faks: 03 8925 4472

Jabatan
Perbankan dan Kewangan

 

Sektor kewangan dan perbankan merupakan salah satu juzuk terpenting dalam aktiviti ekonomi negara. Jabatan ini menawarkan program-program yang memenuhi keperluan pembangunan sektor kewangan dan perbankan negara.

 

No. Tel. Ketua Jabatan: 03 8911 7180

No. Faks: 03 8925 4472

Jabatan
Pengurusan Potensi Insan

 

Jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Menyedari manusia bukanlah sumber kepada ekonomi, nama jabatan ditukar kepada Pengurusan Potensi Insan.Semua program yang  ditawarkan menjurus kearah kemahiran mengurus potensi insan menjadi yang terbaik.

 

No. Tel. Ketua Jabatan: 03 8911 7177

No. Faks: 03 8925 4472

Jabatan
Ekonomi

 

Kurikulum semua program yang ditawarkan oleh jabatan ini mampu melahirkan graduan yang peka kepada persekitaran ekonomi negara dan dunia. Pelajar dilatih agar mampu berdikari dalam segala keadaan ekonomi yang dihadapi oleh negara.

 

No. Tel. Ketua Jabatan: 03 8911 7178

No. Faks: 03 8925 4472

Jabatan
Sains Kejururawatan​

 

JSK telah diserapkan ke FPM pada 8 April 2013. Jabatan ini menawarkan program diperingkat diploma. Pada masa ini, JSK sedang melengkapkan pengajian kumpulan terakhir pelajar Diploma Sains Kejururawatan. Pengambilan pelajar baharu pada masa depan bergantung kepada kelulusan Lembaga Pengarah KUIS dan sambutan pelajar serta masyarakat.

 

No. Tel. Ketua Jabatan: 03 8911 7181

No. Faks: 03 8925 4461 @ 4472

Jabatan Linguistik dan Kesusasteraan Inggeris

 

Jabatan ini telah diserapkan ke FPM pada 1 Mei 2013. Program yang ditawarkan pada masa ini ialah diperingkat diploma. Jabatan sedang berusaha gigih untuk membangunkan program diperingkat ijazah sarjana muda dan bakal ditawarkan pada November 2014.

 

No. Tel. Ketua Jabatan: (Akan dimaklumkan)

No. Faks: 03 8925 4472

Harapan FPM

 

Graduan FPM diharapkan mampu memimpin masyarakat dalam pelbagai bidang muamalat berlandaskan prinsip dan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.
 

Jabatan
Komunikasi

 

Jabatan ini juga telah diserapkan ke FPM pada 1 Mei 2013 bersama dengan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda yang ditawarkannya. Perancangan terkini ialah untuk membangunkan program sarjana bersesuaian dengan keperluan semasa masyarakat.

 

No. Tel. Ketua Jabatan: (Akan dimaklumkan)

No. Faks: 03 8925 4472

Tinta Dekan FPM

Baca ...

Lihat ...

FAKULTI

PENGURUSAN

             MUAMALAH

bottom of page